Bahasa: EN | BM |

RUMAH NAMPAK “BIASA?”, MUNGKIN INI SEBABNYA...

RUMAH NAMPAK “BIASA?”, MUNGKIN INI SEBABNYA...

  2 more

 

Pernah tak rasa rumah sendiri cantik, tapi macam kurang ‘wow’?Sebenarnya, rumah nampak biasa bukan sebab ruang kecil atau perabot tak mahal. Tapi, selalunya kerana elemen penting yang terlepas pandang. 

Jom tengok beberapa sebab yang biasa berlaku.

1. Penutup Tingkap Tak Menyokong Ruang

Langsir atau blinds yang tak sesuai boleh buat ruang nampak sempit, gelap atau serabut.
✔️Pilih langsir atau blinds yang kemas, warna neutral dan sesuai dengan saiz ruang supaya rumah nampak lebih lapang dan tersusun.

2. Cahaya Semula Jadi Tidak Dimanfaatkan

Ruang yang kurang cahaya semula jadi selalunya nampak suram dan tidak hidup.
✔️Gunakan sheer curtain atau blinds yang boleh kawal cahaya masuk secara lembut untuk suasana lebih cerah dan selesa.

3. Dinding Kosong Tanpa Elemen

Dinding yang terlalu kosong boleh buat ruang rasa flat dan kurang karakter.
✔️Wallpanel, wallpaper atau kemasan dinding yang ringkas mampu beri tekstur dan menjadikan ruang nampak lebih eksklusif.

4. Gaya Ruang Tidak Seragam

Apabila setiap sudut rumah menggunakan gaya berbeza, keseluruhan ruang akan nampak bercampur dan kurang kemas.
✔️Kekalkan satu konsep seperti modern, minimal atau natural untuk hasil yang lebih seimbang dan ‘mahal look’.

Kesimpulannya, Rumah nampak biasa bukan kerana rumah anda tidak cantik, tetapi kerana elemen yang dipilih belum tepat. Dengan pemilihan langsir, blinds dan kemasan yang sesuai, suasana rumah boleh berubah menjadi lebih kemas, moden dan selesa.

Tak pasti elemen mana yang sesuai untuk ruang anda?

Hubungi kami untuk cadangan langsir, blinds dan kemasan yang sesuai dengan gaya serta keperluan rumah anda 🤍


 

09 Feb 2026