Bahasa: EN | BM |

Tips Elak Salah Pilih Warna Langsir

Tips Elak Salah Pilih Warna Langsir

  2 more

Pemilihan warna langsir sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keseluruhan mood dan gaya ruang. Berikut 5 tip utama untuk elak tersalah pilih warna:

​​​​​​​

1. Padankan Dengan Warna Dinding
Pilih warna yang melengkapi dinding. Jika dinding sudah terang atau bercorak, gunakan langsir warna neutral untuk seimbangkan ruang.

2. Ambil Kira Saiz Ruang
Ruang kecil sesuai dengan warna cerah seperti putih, beige atau soft grey supaya nampak lebih luas. Warna gelap lebih sesuai untuk ruang besar yang mahu suasana lebih cozy dan eksklusif.

3. Sesuaikan Dengan Perabot
Pastikan warna langsir serasi dengan sofa, carpet atau perabot utama. Tak perlu sama warna, cukup dalam tona yang sepadan.

4. Tentukan Mood Ruang
Warna lembut beri suasana tenang dan santai, manakala warna bold seperti navy atau hijau gelap beri sentuhan mewah dan dramatik.

5. Uji Dengan Pencahayaan Sebenar
Warna kain boleh berubah mengikut cahaya siang dan lampu malam. Lihat sampel kain dalam ruang sebenar sebelum buat keputusan.

Kesimpulan
Pilih warna langsir dengan teliti supaya ruang nampak harmoni dan seimbang. Jika masih ragu-ragu, dapatkan konsultasi profesional dengan kami untuk pilihan yang lebih tepat dan tahan lama.

03 Mar 2026