Bahasa: EN | BM |

Wallpaper vs Wallpanel | Mana Lebih Tahan Lama & Berbaloi Untuk Rumah Anda?

Memilih kemasan dinding bukan sekadar soal cantik. Ramai yang tanya — wallapaper vs wallpanel,mana lebih tahan lama? Jawapannya bergantung pada gaya hidup, lokasi pemasangan dan bajet anda.

Kalau anda jenis suka tukar konsep rumah ikut trend, wallpaper mungkin pilihan sesuai. Tapi kalau anda nak sesuatu yang kukuh, tahan lama dan nampak lebih premium, wallpanel biasanya lebih berbaloi dalam jangka panjang

Wallpaper - Cantik, Fleksibel & Mudah Tukar

Wallpaper terkenal dengan pilihan corak yang sangat pelbagai — dari minimalis, floral, marble effect hingga design moden kontemporari. Ia mampu beri impak visual yang kuat tanpa perlu renovasi besar.

Dari segi ketahanan, wallpaper biasanya boleh bertahan sekitar 3 hingga 7 tahun, bergantung kepada kualiti material dan keadaan ruang. Namun, ia kurang sesuai untuk kawasan lembap atau dinding yang kerap terkena air. Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh mengelupas atau pudar.

Sesuai untuk:

  •  Ruang tamu
  •  Bilik tidur
  •  Feature wall
  •  Pemilik rumah yang suka tukar design
This may contain: a living room with a couch, chair and table in front of a large wall

Wallpanel – Kukuh, Premium & Lebih Tahan Lama

Wallpanel pula memberi sentuhan yang lebih eksklusif dan kemas. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi juga melindungi dinding daripada hentakan, calar dan kelembapan (bergantung pada jenis seperti PVC atau panel kalis air).

Dari segi ketahanan, wallpanel boleh bertahan 10 tahun atau lebih jika dipasang dengan betul. Ia lebih tahan lasak dan sesuai untuk kawasan yang sering digunakan atau mempunyai risiko kotoran dan sentuhan tinggi.

Sesuai untuk:

  • Ruang TV
  •  Ruang tamu moden
  •  Pejabat
  •  Kawasan trafik tinggi
This may contain: a living room filled with furniture and wooden slats on the wall behind it is a large window

Jadi, Mana Lebih Tahan Lama?

Jika fokus utama anda adalah ketahanan jangka panjang, jawapannya adalah wallpanel. Ia lebih kuat, lebih tahan lasak dan lebih sesuai untuk penggunaan harian.

Namun, jika anda mahukan fleksibiliti dan suka ubah konsep dalaman dengan mudah, wallpaper tetap pilihan menarik yang lebih ekonomi pada permulaan.

Kesimpulannya

Pilihan terbaik sebenarnya bergantung pada keperluan ruang dan citarasa anda. Yang penting, pastikan material berkualiti dan pemasangan dilakukan secara profesional supaya hasilnya tahan lama dan kemas.

03 Mar 2026