Wainscoting
Wainscoting ialah panel hiasan dinding yang direka untuk menaikkan seri ruang dalaman serta memberi kemasan yang lebih kemas dan elegan. Ia sesuai dipasang di ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, pejabat dan premis komersial.
Kami menyediakan pemasangan wainscoting profesional menggunakan material berkualiti seperti PVC dan kayu, mengikut konsep moden, klasik atau minimalis yang anda inginkan.
Dengan pengalaman dalam kerja pemasangan panel dinding, kami memastikan setiap projek disiapkan dengan kemasan yang teliti, tahan lama dan sesuai dengan bajet pelanggan.